KEJOHANAN RAGBI MSSM PAHANG
2 posters
Page 1 of 1
KEJOHANAN RAGBI MSSM PAHANG
6 - 9 April 2010 - Sementa telah dipilih menjadi tuan rumah untuk kejohanan ragbi MSSM Pahang. Sebilangan besar pelajar Semena telah terpilih mewakili Bentong dalam Kejohanan ini. Bentong berjaya merangkul tempat kedua kalah kepada Kuantan di perlawanan akhir.
Laporan Kejohanan Ragbi Bawah 18 Tahun MSS Pahang 2010
Kejohanan Ragbi Bawah 18 Tahun MSS Pahang 2010 telah diadakan di Sek Men Vok Tg Ampuan Afzan, Bentong pada 13 hingga 16 April 2010. Dalam kejohanan tersebut kointinjen 19 pelajar SMV Tg Ampuan Afzan telah mewakili MSS Bentong. MSS bentong telah diundi dalam kumpulan A bersama dengan MSS Kuantan dan Pahang Junior manakala kumpulan B terdiri daripada MSS Kuala Lipis, MSS Temerloh dan MSS Pekan. Dalam perlawanan pertama MSS Bentong telah tewas kepada MSS Kuantan dengan mata 5-40 sebelum berjaya menundukkan Pahang Junior 8-3 untuk mara ke separuh akhir yang menemukan MSS Bentong dengan MSS Pekan. Dalam perlawanan separuh akhir yang berlangsung sengit, MSS Bentong telah berjaya menewaskan MSS Pekan 8-0 untuk sekali lagi membuat perhitungan dengan MSS Kuantan pada perlawanan akhir. Dengan pengalaman dan kematangan yang dimiliki oleh pemain-pemain Kuantan, mereka telah berjaya muncul Johan walaupun telah diberi tentangan sengit oleh MSS Bentong. MSS Kuantan menang dengan mata 24-5 dan meninggalkan MSS Bentong sebagai naib johan. Di akhir kejohanan enam pemain dari MSS Bentong telah dipilih untuk mewakili MSS Pahang ke Kejohanan Ragbi Bawah 18 Tahun MSS Malaysia yang akan diadakan pada bulan jun nanti dengan dua dari pemain tersebut adalah pemain dari SMV Tg Ampuan Afzan iaitu Nor Adri Amery Bin Nor Azlan dan Muhd Al-Haffiz Bin Ariffin.
kiwae- Posts : 1
Join date : 2010-05-09
Re: KEJOHANAN RAGBI MSSM PAHANG
tahniah buat pasukan ragbi. semoga lebih berjaya dan cemerlang pada tahun hadapan.
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum